Luno, salah satu penyedia bursa dagangan aset kriptowang, kini mengumumkan mereka akan menghentikan perkhidmatan di Singapura pada 20 Jun 2023 kelak.
Selepas tarikh tersebut, semua akaun milik pengguna Singapura akan ditutup. Luno memberikan tarikh sehingga 19 Jun untuk pengguna di Singapura mengeluarkan dana dari Luno Wallet.
Luno menyatakan langkah ini diambil selari dengan penilaian semula strategi global mereka.
Pada masa yang sama, Luno menekankan perubahan ini tidak akan memberikan impak kepada operasi dan perkhidmatan Luno di Malaysia.