Untuk terus memelihara kebajikan para peniaga yang telah melaksanakan insiatif Menu Rahmah pada jualan makanan siap kepada penduduk Malaysia – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan akan memberi penawaran harga barangan asas dan mentah yang lebih rendah dengan kadar diskaun khas.
Aturan ini secara langsung dilihat akan memanfaatkan sekitar 1,700 peniaga Menu Rahmah yang terlibat pada usaha tersebut.
Meskipun PM Anwar tidak memberi perincian lanjut, berdasarkan gambaran awal KPDN sebelum ini dijangka para peniaga yang terlibat akan diberi akses khas untuk membantu mereka meraih manfaat pada penawaran diskaun khas itu di pasaraya terpilih.
Berdasarkan kenyataan, antara harga barangan yang akan terlibat merangkumi beras, ayam, sayur dan bahan asas seperti bawang, halia, cili serta barangan mentah yang lain. Untuk tindakan lanjut, perincian insentif ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.