Artikel

LHDN : Lebih 180,000 Individu Disekat Ke Luar Negara, Gagal Lunas Cukai RM7.93 Bilion

Ketika ini didapati Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenakan sekatan ke luar negara ke atas 180,216 individu – susulan kegagalan mereka melunaskan tanggunjawab cukai berjumlah RM7.93 bilion.

Di mana daripada jumlah tersebut menurut laporan terdapat seorang individu memiliki tunggakan cukai tertinggi iaitu sebanyak RM1.884 bilion. Berdasarkan jumlah ini menurut LHDN, ia lebih rendah dan semakin berkurangan berbanding tahun 2022. Sebelum ini terdapat 197,190 individu disekat ke luar negara dengan jumlah tunggakan RM12.41 bilion.

LHDN turut memaklumkan penguatkuasaan ini bertujuan untuk memastikan setiap pembayar cukai laksana pembayaran secara sukarela dan menghalang mana-mana pihak meninggalkan negara sebelum melunaskan tanggungjawab mereka.

Pada masa yang sama, para pembayar cukai yang telah melunaskan tunggakan turut diingatkan untuk laksana semakan dengan hubungi pejabat LHDN bagi memastikan tiada sebarang pencanggahan pembayaran di sistem berlaku. Ini kerana sebelum ini terdapat isu bahawa pembayar cukai telah melakukan pembayaran, namun isu teknikal LHDN telah menyebabkan proses tersebut tidak diselesai – ia secara langsung beri kesan kepada pembayar cukai untuk ke luar negara.

Maka sebarang maklumat lanjut, semua pihak boleh semak status tunggakan cukai di pautan MyTax-LHDN dan semak sekatan perjalanan di laman Jabatan Imigresen Malaysia-SSPI.