Artikel

MDEC Sasar RM1 Bilion Potensi Pelaburan Dalam 9 Sektor Negara – Menjelang 2025

Setelah pengenalan DE Rantau dan Perdagangan Digital, negara kini telah kenalpasti potensi pelaburan bernilai RM1 bilion pada 9 sektor digital negara yang akan dipromosikan di bawah Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN). Ini meliputi sektor kewangan digital, kewangan Islam digital, perdagangan digital, pertanian digital, pelancongan digital, kandungan digital, perkhidmatan digital, kesihatan digital dan bandar digital.

Aturan bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dimaklumkan turut akan memperuntukkan sejumlah RM192.9 juta pada perbelanjaan ekonomi digital bagi tempoh 2023-2025 untuk menyokong inisiatif baharu PEMANGKIN.

Berdasarkan jumlah itu, sejumlah RM143 juta kan disalur untuk pelaburan awam, diikuti RM45 juta untuk pembangunan teknologi dan RM4.9 juta pula untuk geran.

Pada masa yang sama, usaha PEMANGKIN ini dijangka akan membantu pasaran buruh tenaga negara dengan penghasilan 49,000 peluang pekerjaan menjelang 2025. Melalui inisiatif baharu PEMANGKIN tersebut, ini pecahan dana mengiikut sektor ;

  • Perdagangan – RM35 juta
  • Pertanian – RM30 juta
  • Kandungan – RM25 juta
  • Kesihatan – RM16 juta
  • Bandar Raya – RM16 juta
  • Pelancongan – RM10 juta
  • Perkhidmatan – RM7 juta
  • Kewangan – RM1.8 juta
  • Kewangan Islam – RM1.8 juta

Melalui pelaksanaan ini, penawaran geran dijangka dapat dilancarkan seawal bulan Mei 2023 dan iniaistif untuk setiap sektor akan dilaksana secara berperingkat.

Adanya usaha ini, ia tidak sekadar memacu melengkapkan tenaga kerja negara dengan kemhiran digital namun juga berupaya meningkatkan pertumbuhan kepada KDNK dengan 25.5%.