Selari dengan usaha pemodenan dan inovasi pada perkhidmatan statistik, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melancarkan Portal Baharu dan Aplikasi bersama Portal Banci Ekonomi 2023 buat tatapan umum.
Bersama penampilan platform yang lebih moden dan susun atur baharu, ini secara langsung akan membantu pengguna lebih memahami garapan kandungan data kepada semua pihak. Antara pembaharuan ciri yang dilaksanakan adalah Fun With Statistics, Chat Bot, Integrasi Tableau, Table Builder, Multi User CMS, Perkongsian Media Sosial, Analitik Kandungan dan Data Mining.
Pelancaran ini turut memperlihatkan inovasi perkhidmatan disokong menggunakan platform Google Flutter. Adanya kemudahan itu ia dilihat lebih mudah diguna dan lebih mesra pengguna.
Berhubung pelancaran portal Banci Ekonomi pula, DOSM menjangkakan usaha ini mampu membantu pihak statistik meraih maklum-balas dengan lebih cekap, sekaligus menjadikan ia sebagai pusat sehenti perolehan data banci bersama rakyat Malaysia.