Sepanjang tempoh akhir Ramadan dan menjelang Aidilfitri kelak, rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak laksana sebarang pembelian panik. Ini kerana bekalan makanan sepanjang tempoh ini telah dijamin mencukupi dan mematuhi laras cadangan harga di pasaran.
Peringatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) ini bertujuan untuk memastikan semua pihak tidak gusar akan aliran pembekalan semasa. Di mana penguatkuasa akan terus memantau pemasaran bekalan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan tiada ketirisan atau kekurangan bekalan buat pengguna.
Tidak hanya itu orang awam turut disarankan laksana aduan, sekiranya terdapat peniaga memanipulasi harga barangan yang ditetapkan pada minggu akhir ini. Langkah itu bagi menjamin keseimbangan harga pasaran kekal terpelihara tanpa menjejaskan kuasa beli pengguna.