Artikel

Lebih 27,700 Unit Rumah Siap Bernilai RM18.41 Bilion – Masih Tidak Terjual 

Setakat akhir tahun lalu, didapati 27,746 unit kediaman yang telah siap dibina, masih tidak terjual. Nilai unit tersebut meliputi sejumlah RM18.41 bilion. Namun jumlah ini untuk makluman telah alami sedikit penurunan berbanding data sebelumnya.

Berdasarkan pengamatan jualan rumah – ternyata kediaman bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta menjadi unit rumah yang paling banyak tidak terjual. Ini pencerahannya;

  • Unit Rumah bernilai RM500,000 hingga RM1 juta – sebanyak 9,323 unit rumah dengan nilai keseluruhan RM6.29 bilion (33.6%)
  • Kediaman bernilai bawah RM300,000 pula sebanyak 6,509 unit dengan nilai RM1.34 bilion
  • Unit rumah bernilai RM300,000 hingga RM500,000 pula sebanyak 8,128 unit dengan nilai RM3.29 bilion

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), faktor yang mendorong kepada unit tidak terjual ini adalah kerana kemampuan rakyat yang terhad di samping lokasi penawaran rumah pula tidak menepati permintaan. Maka berlakunya penurunan pada pembelian unit rumah siap.

Secara terperincinya, Johor kekal mencatatkan jumlah unit dan nilai kediaman siap yang tertinggi tidak terjual – sebanyak 5,258 unit dengan nilaii RM4.33 bilion. Diikuti Selangor dengan 3,698 unit rumah yang masih tidak terjual dengan nilai RN2.74 bilion, seterusnya Pulau Pinang pula 3,593 unit dengan nilai RM2.74 bilion.

Berbeza pula dengan Melaka, yang menjadi negeri yang menjual nilai kediaman siap mengikut nisbah kemampuan pengguna.