Artikel

PPZ-MAIWP : Kini Pengguna Boleh Bayar Zakat Fitrah Secara NFC

Bagi pengguna yang masih belum melunaskan bayaran zakat fitrah, kini anda tidak perlu risau – melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama sokongan Fass Payment Solutions, pengguna boleh laksana pembayaran secara NFC iaitu teknologi Komunikasi Medan Berdekatan (NFC) – bersama sejumlah amil yang ditempatkan di 3 lokasi terpilih.

Lokasi ujian rintis yang tersedia adalah di Ibu pejabat PPZ-MAIWP, Masjid Al-Syakirin KLCC dan Jalan Masjid India bagi peringkat awal. Pada lokasi tersebut, orang awam perlu mendaftar dengan menampilkan pengenalan diri dan seterusnya boleh menggunakan kad debit ATM MyDebit, yang dikuasakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd – dengan menyentuh pada paparan skin di bawah sistem Fasstap untuk laksana pembayaran zakat fitrah. 

Ini bermakna proses pembayaran zakat menjadi lebih mudah dan ringkas, dibandingkan dengan proses sedia kala. 

Lanjutan daripada ujian rintis ini, PPZ-MAIWP menjangkakan pengenalan sistem Fasstap ini kelak akan diperluaskan tidak hanya zakat fitrah tetapi turut menawarkan pembayaran seperti zakat pendapatan, zakat emas, zakat simpanan dan lain-lain.