Artikel

Malaysia Sasar 5 Juta Pelancong China Pada Tahun Ini

Hasil kesepakatan antara Malaysia dan China baru-baru ini telah berjaya membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik 450,000 pelancong China ke pasaran negara.

Kejayaan ini berlandaskan usaha promosi bersama beberapa agensi pelancongan, apabila sebuah syarikat akan membawa 350,000 pelancong sementara sebuah lagi syarikat akan membawa 100,000 pelancong ke negara. Sementara usaha perjanjian lain pula masih diperingkat dokumentasi.

Susulan itu bagi memastikan kelancaran manfaat sektor pelancongan diteruskan, isu berkaitan proses visa dan penawaran tempat duduk penerbangan akan diteliti MOTAC bersama syarikat penerbangan serta Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Melalui usaha ini mengikut laporan, ia senada dengan matlamat negara untuk meraih kemasukan 5 juta pelancong China pada tahun 2023. Sekiranya berjaya dicapai, ini akan membantu negara meningkatkan lagi aliran perbelanjaan di samping membuka peluang pelaburan baharu secara berperingkat.