Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 di rantau Asia Tenggara semakin meningkat, dengan lonjakan sekitar 481%.
Situasi ini berbeza dengan laporan 28 hari yang didapati pada rantau lain di mana memaparkan penurunan jangkitan dengan Afrika (-45%), rantau Pasifik Barat (-39%), rantau Amerika (-33%) dan rantau Eropah (-22%). Ini berbeza dengan Asia Tenggara dan rantau Timur Mediterranean naik 144%.
Mengikut penjelasan, kenaikan tertinggi didorong hasil laporan di India dengan kes baharu 66,124 kes, diikuti peningkatan kes di Maldives.
Setakat 28 hari terakhir ini, didapati berlakunya 3 juta jangkitan baru dengan lebih 23,000 kematian dicatatkan. Ini meliputi jumlah kematian berkaitan COVID-19 di Asia Tenggara naik 109%, diikuti Rantau Timur Mediterranean pula 138%.
Secara menyeluruh, setakat 9 April – lebih 762 juta kes COVID-19 telah disahkan bersama 6.8 juta kematian di seluruh dunia.