Artikel

Rapid Rail Lanjut Khidmat Stesen LRT, Monorel Dan MRT Terpilih Sehingga Jam 1.30 Pagi – Pada 15 April Ini

Dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik semasa susulan ramai pihak mulai laksana persiapan akhir sempena Aidilfitri ini – Rapid Rail kini memaklumkan akan melanjutkan tempoh perkhidmatan stesen LRT, Monorel dan MRT terpilih sehingga jam 1.30 pagi untuk memberi akses pengangkutan awam lebih lama kepada masyarakat.

Ini senarai stesen LRT, Monorel dan MRT yang akan dilanjutkan tempoh operasi sehingga jam 1.30 pagi bermula 15 April kelak ;

  • LRT Laluan Kelana Jaya :  Masjid Jamek dan KLCC
  • LRT Laluan Ampang/Sri Petaling : Masjid Jamek
  • MRT Laluan Kajang : Bukit Bintang
  • Monorel : Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit

Berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

Melalui lanjutan tempoh perkhidmatan ini, ia bermakna semua pengguna boleh menggunakan stesen sedemikian untuk membawa pengguna ke destinasi akhir anda. Sementara stesen lain yang tidak disenaraikan pula kekal menamatkan operasi seperti biasa.

Pengguna usah khuatir, meskipun stesen akhir anda telah ditutup – para penumpang masih boleh keluar pada stesen tersebut. Namun diingatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go dan memiliki tambah-nilai yang mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal (susulan stesen yang tidak terlibat telah tutup operasi kaunter) untuk memudahkan perjalanan anda.

Selain itu pihak Rapid Rail turut menegaskan semua pengguna wajar mematuhi garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan – untuk terus memakai pelitup muka demi menjaga kesejahteraan seluruh pihak.