Senada dengan matlamat Selangor untuk menghasilkan 5 unicorn ($1 bilion) menjelang tahun 2025 kelak, kini sejumlah 12 startup negara telah disenarai pendek di bawah Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) bagi program Pitch Malaysia USA Series di Silicon Valley dan Washington – bermula 1 Mei hingga 6 Mei kelak.
Program di bawah usaha Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) ini bertindak membantu startup tempatan mempamer dan mengembangkan potensi khidmat mereka ke pasaran AS.
Melalui usaha itu, Ini senarai 12 startup Malaysia yang akan sertai Pitch Malaysia USA Series;
- Asia Mobility Technologies
- iMotorbike
- ALPS Global Holding
- Virtualtech Frontier
- Abletech Solution (Subplace)
- Boxcube
- Entomal
- Revenue Monster Group
- QMed
- Accendo Technologies
- Kiddocare
- Pod
Melalui pemilihan 12 startup ini dimaklumkan mereka akan sertai tiga pameran bersama kedutaan negara, Draper University dan Sidang Kemuncak Pelaburan SelectUSA.
Buat pengetahuan umum, Sidang Kemuncak Pelaburan SelectUSA 2023 adalah medium utama yang bertindak memperomosikan kemasukan pelaburan asing (FDI) yang akan menghubungkan sekitar 3,600 peserta dari 70 negara termasuk pelabur tempatan dan asing, syarikat, organisasi pembangunan ekonomi (EDO) serta pakar industri dalam arena pelaburan.