Artikel

Harga Tiket Penerbangan Lebih Rendah Bakal Diberi Kepada Pelajar IPTA

Tidak lama lagi, kerajaan akan mengumumkan harga istimewa berhubung tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dijangka penawaran tambang yang lebih berpatutan akan diberi bersempena kepulangan bercuti Aidilfitri kelak.

Mengikut perancangan Kementerian Pengangkutan (MOT), pelarasan harga tiket penerbangan itu akan melibatkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung dan pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah dan Sarawak.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha negara untuk terus membuka kapasiti harga tiket yang lebih berpatutan buat para pelajar. Meskipun telah laksana penambahan jumlah penerbangan namun aliran permintaan kekal melonjak dan didapati harga tiket lebih tinggi iaitu kelas perniagaan yang masih banyak tersedia.

Susulan itu perancangan melalui sokongan subsidi kerajaan perlu diatur untuk menampung kekangan tersebut.