Artikel

Pos Malaysia Kongsi Tarikh Akhir Penghantaran Barang – Sebelum Hari Raya 2023

Menjelang sambutan Hari Raya 2023 kelak, untuk memastikan setiap peniaga dan pengguna berupaya menyelesaikan urusan penghantaran barang mereka – Pos Malaysia kini berkongsikan tarikh akhir pengeposan barang sebelum sambutan Aidilfitri kelak.

Susulan itu, terdapat dua tarikh yang disyorkan Pos Malaysia untuk perhatian semua pengguna kurier, bagi memastikan barangan tersebut sampai sebelum tibanya sambutan perayaan kelak ;

  • Mel dan Kad Ucapan Hari Raya (Semua Negeri) pada 17 April 2023
  • Pos Laju Semenanjung pada 19 April 2023
  • Pos Laju Sabah, Sarawak > Semenanjung pada 18 April 2023
  • Pos Laju Semenanjung > Sabah, Sarawak pada 18 April 2023

Buat pengetahuan semua, pengeposan barang masih lagi diterima sehingga 21 April 2023, sekiranya pengguna melaksana penghantaran melepasi tarikh cadangan dan barangan tersebut tidak sempat sampai sebelum tarikh Hari Raya 2023 – maka penghantaran semula akan dilakukan pada 25 April kelak.

Jelas Pos Malaysia, operasi mereka akan ditutup pada tarikh 22 April 2023 sehingga 24 April 2023. Penutupan ini merangkumi kategori operasi pungutan dan penghantaran, semua cawangan lokasi Pos Malaysia dan bahagian talian perkhidmatan pelanggan.

Diharap dengan penjelasan ini, semua pelanggan dan peniaga peka akan sebarang kesulitan berlaku berhubung penghantaran barangan bersama Pos Malaysia.