Artikel

Proton, Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah – Diskaun Sehingga 25%-30% Buat Pengguna 

Bagi meringankan bebanan kos penyelenggaraan pemilik kenderaan, Pakej Auto Rahmah 2023 kini diperkenalkan buat para pengguna.

Mengikut perkongsian MITI – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, ketika ini jenama Proton dan Perodua menjadi antara yang menyediakan penawaran tersebut. Untuk Proton diskaun sehingga 25% kepada RM150 bagi tempoh 12 April sehingga 15 Mei ini. Sementara Perodua pula menawarkan diskaun sehingga 30% bagi tempoh 12 April sehingga 19 April.

Buat pengetahuan untuk Proton, model kenderaan yang layak di bawah pakej servis ini adalah Persona, Iriz, Exora, Saga, Inspira, Waja dan Wira. Manakala Perodua pula bagi model Axia dan Bezza sahaja.

Maka bagi mengetahui perincian lanjut, semua pengguna kenderaan berkaitan boleh menghubungi atau merujuk kepada pusat servis Proton dan Perodua untuk tindakan seterusnya.