Artikel

Lebih 59,000 Pencarum KWSP Mohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 

Sejak dibuka pada 7 April lalu, seramai 59,230 pencarum Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan mereka laksana pinjaman perbankan bersandar simpanan Akaun 2.

Namun daripada jumlah itu, hanya 27,705 individu sahaja yang layak untuk permohonan pinjaman.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada laporan Bernama, kumpulan yang tidak layak itu susulan had usia mereka adalah di bawah 40 tahun. Seperti yang umum ketahui, bagi Fasa 1 permohonan ini dibuka untuk pencarum yang berusia antara 40 tahun hingga 54 tahun sahaja.

Malah turut diperjelaskan FSA2 untuk pembiayaan sehingga RM50,000 hanya dibenarkan setelah kriteria simpanan Akaun 2 KWSP pencarum melepasi kriteria yang ditetapkan. Untuk makluman ini penjelasannya pada kriteria permohonan FSA2 ;