Artikel

Sebanyak RM11 Bilion, Jumlah Wang Tak Dituntut – MOF

Setakat Mac 2023, Kementerian Kewangan memaklumkan ketika ini terdapat sejumlah RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) yang masih belum dituntut merupakan milik awam.

Jumlah WTD itu menurut Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah diterima selari dengan Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut (Akta 370) daripada syarikat, firma dengan jumlah sekitar RM14.1 bilion sejak tahun 1977 hingga Mac 2023.

Buat masa ini, hanya RM3.2 bilion telah dibuat bayaran semula kepada penuntut seperti akaun simpanan, deposit dan insurans.

Susulan jumlah WTD itu, sebahagian besarnya dilaburkan pada simpanan tetap di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 dan faedah yang diperoleh pada pelaburan itu akan diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan. Berdasarkan tindakan itu, negara meraih faedah RM250 juta dan dana tersebut disalurkan semula untuk kegunaan rakyat Malaysia.