Artikel

Pembeli Rumah Kalangan Milenial Dijangka Terus Meningkat – Sehingga 2024 

Walaupun terdapat jangkaan harga rumah di pasaran Malaysia berkemungkinan naik sekitar 10% pada setiap tahun sehingga 2025 kelak – namun didapati pada akhir tahun ini pembeli hartanah kediaman kalangan golongan muda berusia 27 tahun sehingga 41 tahun ini dijangka akan meningkat sehingga tahun 2024 kelak.

Menurut tinjauan Juwai IQI pada Pembelian Rumah Milenial memaparkan sekitar 80% ejen percaya baharu jumlah pembeli muda akan lebih tinggi berbanding tahun 2022. Sementara 73% pula percaya lebih ramai kalangan pembeli muda Bumiputera akan diraih.

Dapatan juga memperincikan, dijangka 40% pengguna muda Bumiputera memilih kediaman bernilai antara RM300,000 hingga RM500,000. Secara menyeluruh mengikut pecahan minat milenial sekitar 33% menzahirkan minat akan pembelian unit kondominium, 30% hartanah bertanah, 26% pula pada unit pangsapuri perkhidmatan dan 11% terarah kepada pembelian hartanah komersial.

Sementara itu, lonjakan pembelian kediaman juga berpotensi didorong atas usaha pelan perumahan di bawah pentadbiran. Berdasarkan tinjauan, antara skim kediaman yang mendapat tumpuan adalah Skim Rumah Pertamaku, PR1MA, kempen Pemilikan Rumah dan Skim Rumah Pertamaku BNM.

Meskipun skim sedemikian terus mendapat permintaan, namun ia secara jelas memaparkan status keupayaan pembelian pengguna. Di mana masih terdapat banyak pengguna berdepan kekangan tunai, sekaligus melihat kempen ini berupaya membantu mereka merealisasikan matlamat memiliki rumah sendiri.