Setakat 2022, didapati lebih 4,700 kes penipuan melibatkan jenayah siber telah berlaku. Memahami risiko tersebut tidak hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi turut kepada kumpulan individu, Tune Protect kini hadir dengan pelan insurans iaitu Tune CyberSecure untuk melandaikan kesan aktiviti jenayah siber ke atas para pengguna.
Dibawah pelan ini ia bertindak membantu pengguna menangani kesan disebalik ancaman siber seperti risiko penipuan pemindahan transaksi dana, penipuan pembelian atas talian dan kecurian identiti.
Melalui nilai perlindungan pampasan sehingga RM10,000, ia juga tidak hanya tertakluk kepada pengguna individu tetapi turut diperluaskan kepada ahli keluarga.
Selain pemantauan keselamatan siber buat pengguna, Tune CyberSecure turut mengenalpasti kelemahan atau sebarang gangguan melibatkan pelanggaran data. Ia sekaligus meningkatkan keselamatan ekosistem para pengguna.
Bagaimanapun di bawah pelan pelindungan ini masih terdapat pengecualian pampasan yang telah diterapkan – antaranya pengguna tidak akan menerima pelindungan sekiranya terdapat kerugian melibatkan kehilangan kad debit atau kad kredit. Malah pelaksanaan pindahan dana secara sedar juga tidak akan dilindungi sebarang pampasan. Maka untuk ketahui lebih lanjut, pengguna boleh melanggan pada nilai RM145 setahun dan menyemak penjelasan polisi pada laman rasmi Tune Protect.