Senada dengan usaha negara mengalakkan aktiviti pelaburan asing ke dalam pasaran Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kini telah alami penjenamaan semula kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Perkara ini telah mendapat persetujuan di bawah keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Kabinet minggu lalu. Langkah ini bagaimanapun kekal menggunakan akronim yang sama iaitu MITI.
Menurut Tengku Zafrul Menteri MITI, perubahan ini senada dengan peranan kementerian untuk menjadi peneraju bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke pasaran Malaysia. Ia secara langsung turut memperlihatkan kejituan negara untuk memperkasakan arena pelaburan dan pembangunan industri yang lebih baik di masa hadapan.
Tidak hanya itu, langkah ini turut bertepatan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional yang ingin merancakkan aktiviti pelaburan dalam pembangunan sektor perniagaan Malaysia.