Artikel

12 Lebuhraya Termasuk DUKE, Bakal Sedia Pembayaran Tol Terbuka – Mulai Sept 2023 Ini

Setelah 11 lebuhraya menyatakan persetujuan untuk menyediakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol, kini Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) turut akan laksana usaha yang sama di plaza to lebuhrayanya.

Persetujuan antara Kementerian Kerja Raya dan konsesi DUKE sekaligsu telah membawa kepada keseluruhan jumlah lebuhraya akan terlibat pada sistem pembayaran terbuka ini. Berdasarkan jangkaan asal, mulai September 2023 disasarkan sistem ini berupaya tersedia buat semua pengguna.

Selain kemudahan sistem terbuka, DUKE juga turut akan menjadi lokasi kedua pada pelaksanaan POC untuk penilaian sistem Multi Lane Fast flow (MLFF) selepas Lebuhraya Sungai Besi.

Secara menyeluruh ini senarai 12 lebuhraya yang terlibat ;

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Pantai Baru
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)