Usul memberi pilihan bersara di usia 65 tahun, dilihat sekadar mengurangkan lagi peluang pekerjaan dan meningkat jumlah pengangguran kalangan kumpulan belia negara.
Isu ini pada pengamatan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) wajar dinilai berasaskan keperluan sumber tenaga semasa. Menjawab kepada gesaan Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) supaya membenarkan pilihan bersara antara 60-65 tahun adalah suatu tindakan yang kurang sesuai. Seharusnya golongan muda tempatan diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan dalam industri mengikut kemahiran mereka.
Setakat ini, Malaysia dilihat tidak berdepan sebarang kekangan sumber tenaga kerja maka tiada keutamaan membenarkan pilihan pencen diusia 65 tahun dilaksanakan. Seharusnya kapasiti itu diberi kebebasan kepada industri untuk menentukan keperluan tenaga mereka.
Namun cadangan itu menurut laporan FMT, masih boleh dipertimbangkan, khususnya melibatkan keperluan kepakaran tertentu – ia akan membenarkan perkhidmatan lebih lama diperlukan setelah majikan dan pekerja mencapai persetujuan.
Berdasarkan data DOSM pada Februari 2023, didapati seramai 450,200 penganggur dalam kalangan belia dicatatkan. Jumlah ini dilihat sedikit meningkat berbanding Januari lalu.
