Luno, bursa dagangan kriptowang di Malaysia yang dibawah sokongan pengawalselia Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini memperlihatkan peningkatan 11.3% dengan mempunyai lebih 800,000 pengguna setakat akhir 2022.
Peningkatan ini secara langsung turut mendorong jumlah pembayaran yang diproses pada 2022 adalah lebih RM9 bilion bersama nilai simpanan lebih RM1.2 bilion melibatkan 9 aset digital yang diluluskan.
Berdasarkan penyertaan, ternyata lelaki turut mendominasi dengan 76.5%, diikuti wanita pula sekitar 23.5%. Meskipun begitu jumlah wanita telah meningkat hampir 60,000 pengguna – ini secara langsung memperlihatkan prinsip Luno untuk perkasakan penyertaan semua pihak.
Lebih menarik, susulan dedikasi Luno menambah sokongan Bahasa Malaysia pada aplikasinya – kini terdapat lebih 18,000 penggunanya menggunakan BM sebagai bahasa aplikasi utama dalam tindakan pelaburan kripto.
Melalui penerimaan itu menurut laporan – Luno terus komited untuk meluaskan jejak khidmat mereka ke seluruh Malaysia.