Setelah bersidang sejak 13 Februari lalu, kini Dewan Negara telah melabuhkan tirai bersama 13 Rang Undang-undang (RUU) telah diluluskan pada persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Berdasarkan perincian selain Belanjawan 2023, terdapat 12 RUU diluluskan ia merangkumi Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.
Selain itu, antara yang juga diluluskan adalah meliputi Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023.
Maka langkah selanjutnya, difahamkan penjadualan Parlimen akan memperlihatkan sesi Dewan Negara akan kembali bersidang selama 6 hari dijangka pada tempoh 19 hingga 27 Jun ini.