Artikel

Saham Tupperware Kini Menjunam, Berpotensi Gulung Tikar

Tupperware, jenama barangan bekas plastik global kini dilihat berdepan kesukaran apabila sahamnya di pasaran telah menjunam 49%. 

Isu ini berlaku susulan permasalahan kekurangan tunai pada kumpulan, di mana harga sahamnya telah jatuh kepada $1.24 – menjadi paras terendah dalam tempoh 3 tahun. 

Penyusutan ini untuk makluman telah mulai terjadi sejak akhir tahun lalu. Apabila Tupperware mencatatkan kerugian sebanyak $35.7 juta ekoran kemerosotan 20% jualan kepada $13.7 juta. 

Malah didapati kumpulan juga gagal mengemukakan laporan tahunan operasi pada tempoh yang ditetapkan – ini sekaligus membawa kepada pelanggaran kredit operasi. Secara menyeluruh, situasi semasa ini mengikut laporan Agensi Berita Jerman berpotensi membawa kepada status gulung tikar sekiranya permasalahan tunai tersebut tidak mencapai penyelesaian.