Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengumumkan pemberian cuti khas persekolahan kepada guru dan murid pada 19 April ini.
Cuti khas ini untuk makluman merangkumi penetapan cuti untuk negeri di kumpulan A iaitu Kedah, johor, Kelantan dan Terengganu, diikuti kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Maka susulan pemberitahuan itu, tiada sesi persekolahan diadakan pada tarikh tersebut. Buat pengetahuan umum, cuti persekolahan Aidilfitri telahpun ditetapkan pada 20 April sehingga 1 Mei 2023.