Artikel

Mulai Jun – Proses Visa Pekerja Mahir Dipendekkan Kepada 5 Hari 

Meneliti terdapatnya kekangan dalam sistem birokrasi yang berupaya menjejaskan kemasukan pelabur ke dalam negara, Malaysia ketika ini bertindak memendekkan proses permohonan visa pekerja mahir kepada 5 hari mulai Jun 2023 kelak.

Usaha ini merangkumi permohonan visa baru dan pelaksanaan pembaharuan visa. Melalui agenda PEMUDAH, proses tersebut akan dinilai berdasarkan kumpulan yang memiliki rekod baik dan memaparkan pematuhan baik, di samping mempunyai rekod penggajian pekerja asing yang lama.

Mengikut laporan ia sekaligus melayakkan kumpulan sedemikian, memiliki manfaat proses permohonan visa yang lebih cepat berbanding proses asal sekitar 87 hari.

Selain itu, negara juga dalam usaha untuk memendekkan dan menyeragamkan tempoh permohonan kebenaran merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – disasarkan tempoh tersebut dapat dipendekkan kepada 70 hari, berbanding tempoh semasa sehingga 200 hari. Adanya usaha tersebut ini akn membantu perniagaan mewujudkan persaingan yang lebih cekap.