Di bawah platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), pentadbiran negara kelak akan menyenarai 10 syarikat di pasaran selaku perintis kepada penubuhan akademi khas bagi menyediakan keperluan kemahiran selari dengan permintaan pasaran buruh di Malaysia.
Melalui agenda ini, dijangka pembentukan akademi khas bersama 10 syarikat berkaitan akan dibentuk mulai akhir Jun ini. Lebih menarik setelah 3 bulan dilaksanakan Kementerian Ekonomi menyasarkan sekitar 100,000 pekerja berkemahiran dapat dihasilkan negara pada suku keempat 2023 kelak.
Buat pengetahuan umum, setakat Julai 2022 didapati lebih 1.6 juta pekerja di negara yang berpendidikan tinggi tidak memiliki kerjaya setara dengan kemahiran mereka. Situasi ini diakui dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – dengan mengklasifikasikan sekitar 32.9% siswazah Malaysia bekerja di bawah kategori separuh mahir dan 2.3% pula di kemahiran rendah.