Artikel

Bantuan Khas Aidilfitri Dan Gaji Penjawat Awam Kini Diawalkan Pada 14 April

Susulan mengambilkira kepentingan persediaan penjawat awam pada sambutan Aidilfitri kelak, kerajaan kini bertindak memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) lebih awal pada 14 April, berbanding tarikh asal pada 17 April.

Makluman ini mengikut laporan telah dikongsikan di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat rasmi akan perubahan tarikh pembayaran tersebut. Melalui tindakan itu ia sekaligus akan memperlihatkan sejumlah RM700 akan diagihkan kepada penjawat awam, sementara pesara pula akan meraih RM350.

Secara menyeluruh seramai 3.46 juta penjawat awam akan menerima bantuan tunai khas tersebut, dengan jumlah peruntukan adalah sekitar RM1.572 bilion. Selain bantuan tunai itu, PM Anwar Ibrahim turut memaklumkan pemberian gaji penjawat awam turut diawalkan.