Artikel

Pengguna MAE Dan Maybank2u Kini Boleh Sekat Sebarang Penggunaan Kad Kredit, Caj – Melalui “Kill Switch”

Selain membenarkan pengguna membekukan akaun mereka melalui “Kill Switch”, kini Maybank telah memperkenalkan ciri tambahan keselamatan baharu iaitu membolehkan pengguna menyekat semua transaksi keluar dari kad kredit serta kad caj buat sementara waktu – sekiranya terdapat aktiviti transaksi yang meragukan.

Ini sekaligus memberi kuasa kepada pengguna untuk mengawal secara langsung akan sebarang transaksi penipuan dan dapat memastikan dana pada bank mereka kekal dilindungi. Untuk makluman ppenambahan ciri keselamatan baharu ini turut tersedia melalui laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Malah berlandaskan aspek keselamatan, Maybank memaklumkan jika pengguna laksana sekatan ke atas kad terlibat – pengguna perlu mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan data dirii di cawangan berdekatan atau melalui Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1300 88 6688. Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka.

Maka untuk sebarang maklumat lanjut tentang ciri tambahan Kill Switch baharu ini, para pengguna boleh merujuk dan layari pada pautan ini maybank.my/Kill-Switch.