Artikel

KPT, SC Jalin Kerjasama Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan Dalam Pasaran Modal

Untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran modal, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini telah laksana kesepakatan melalui memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan program Graduan Pasaran Modal (CMGP) ke atas pelajar negara.

Melalui kesepakatan ini, dijangka seramai 9,000 graduan universiti awam dan swasta berpotensi meraih peluang dalam industri pasaran modal bagi tempoh 3 tahun. Mengikut makluman SC, program ini akan dibiayai menerusi peruntukan sebanyak RM30 juta oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).

Kerjasama ini tidak sekadar membantu negara menampung kekurangan tenaga mahir pada industri pasaran tetapi turut meningkatkan lagi penyertaan serta kebolehpasaran pada pasaran. Mengikut makluman, dijangka CMGP akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat bersama sokongan Kementerian Kewangan (MOF), Bur Malaysia dan wakil kanan industri negara.