Artikel

Jabatan Imigresen Bakal Perkenal Projek Rintis Libatkan Pasport – Tangani Kesesakan Pengguna 

Menyedari kesesakan di kaunter fizikal Jabatan Imigresen untuk permohonan pasport semakin meningkat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kelak akan laksana projek rintis bagi mengurangkan permasalahan tersebut.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), pelan rintis itu akan tertumpu kepada pejabat pengeluar pasport dengan membuka permohonan secara atas talian dan penyediaan pengambilan parport sahaja di kaunter fizikal. Untuk peringkat awal, projek rintis ini akan dilaksanakan di pejabat Lembah Klang susulan aliran pengeluaran pasport setiap harinya lebih tinggi berbanding lokasi imigresen lain.

Mengikut makluman 21 penjabat pengeluar pasport daripada 77 keseluruhannya kini berdepan kesesakan yang teruk berhubung keperluan pasport.

Secara menyeluruh pasca COVID-19 telah memperlihatkan sebanyak 2.8 juta pasport dikeluarkan oleh JIM, ini memaparkan peningkatan 4 kali ganda berbanding aliran sebelumnya. Melalui peningkatan itu, didapati 45% pengguna laksana permohonan secara atas talian.