Artikel

Akta Kredit Pengguna Disasar Bentang Pada Suku Keempat, Atasi Risiko BNPL 

Sejajar dengan matlamat Belanjawan 2023, Akta Kredit Pengguna dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada suku keempat kelak untuk mengukuhkan perlindungan ke atas pengguna dan memenuhi keperluan perniagaan.

Antara tumpuannya adalah mengawalselia penyedia kredit bukan bank yang tidak dibawah kementerian atau perbankan – iaitu pihak yang menjalankan khidmat Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL).

Setakat ini menurut Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna yang diketuai Kementerian Kewangan (MOF) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pihaknya telah mengeluarkan Kertas Perundingan Kedua (CP2) berhubung semakan Akta Kredit Pengguna – yang telah merangkumkan pelbagai maklum-balas dari pelbagai pemain industri dan pihak berkepentingan. Sebelum ini kertas perundingan 1 telahpun dikeluarkan pada Ogos 2022.

Melalui semakan yang berterusan, sasaran negara untuk menggubal Akta Kredit Pengguna pada tahun ini dijangka dapat direalisasikan. Buat pengetahuan umum setelah Rang Undang-Undang Kredit Pengguna digubal kepada Akta Kredit Pengguna, Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan berubah menjadi sebuah badan berkanun.

Berikutan langkah itu, ia tidak sekadar tertumpu kepada pelindungan pengguna berteraskan khidmat BNPL sahaja, ia turut diperluas pada perkhidmatan kewangan pajakan dan pemfaktoran, agensi kutipan hutang, perkhidmatan kauseling serta pengurusan hutang.