Artikel

CUEPACS Minta Gaji Penjawat Awam – Diawalkan Pada 14 April

CUEPACS, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam kini mengusulkan agar tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam negara diawalkan kepada 14 April kelak.

Cadangan ini sekaligus memberi ruang kepada penjawat awam untuk laksana persediaan Aidilfitri dengan lebih baik. Buat pengetahuan umum, di samping cadangan ini – pada 17 April kelak ke semua penjawat awam turut akan menerima bonus Aidilfitri berjumlah RM700. 

Adanya persediaan tunai lebih awal, ini akan memudahkan persediaan penjawat awam pada sambutan Hari Raya kelak khususnya buat mereka yang akan pulang bercuti. 

Selain penjawat awam, CUEPACS turut menasihati majikan sektor swasta laksana tindakan sama untuk memudahkan para pekerja pada persediaan Aidilfitri.