Artikel

CIMB Raih Pengiktirafan Selaku Bank Runcit Terbaik Di Malaysia 

Dalam usaha mengukuhkan khidmat digital dalam menghasilkan pengalaman yang lebih baik buat pengguna, CIMB Bank kini meraih pengiktirafan selaku Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada anugerah kecemerlangan global pada Perkhidmatan Kewangan Runcit 2023 oleh The Asian Banker di Hanoi, Vietnam.

Penilaian pengiktirafan tersebut didasari berasaskan tahap prestasi, kepimpinan, pengurusan dan usaha inovasi CIMB. Malah pelaburan secara berterusan CIMB pada data dan digital turut menjadi pemacu membolehkan bank memberi cerapan dan penyelesaian nilai tambah kepada pengguna mereka. Ini secara langsung meningkatkan lagi tahap kepuasan pengguna.

Antara penambahbaikan yang telah menyerlahkan pencapaian CIMB antaranya pada penawaran Akaun OctoSavers-i CIMB bersama fungsi e-KYC dengan memperlihatkan peningkatan jumlah deposit sebanyak 94% pada akhir 2022. Diikuti pengenalan e-Zi Tunai CIMB iaitu produk pinjaman peribadi melibatkan pembiayaan mikro di Malaysia. Untuk maklumkan e-Zi Tunai CIMB diedarkan melalui GOPinjam bersama sokongan TNG eWallet.

Tidak hanya itu didapati melalui aplikasi CIMB Clicks, pengguna turut beroleh cadangan berhubung aliran perbelanjaan dan gaya hidup mereka berdasarkan tawaran pembeliaan di sekeliling.