Artikel

PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma – Bermula 10 April Hingga 20 April

Bagi memastikan perjalanan kenderaan kekal lancar dan selamat menjelang Aidilfitri kelak, Puspakom – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer kini mengambil peluang menyediakan khidmat Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pengguna kenderaan persendirian. Tawaran ini bermula 10 April sehingga 20 April kelak.

Ini bermakna semua pemilik kenderaan boleh hadir ke seluruh cawangan negara Puspakom bagi mendapatkan perkhidmatan percuma tersebut – kecuali cawangan di Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (KL) dan Pasir Gudang (Johor). Melalui pemeriksaan percuma ini para pengguna akan meraih manfaat pemeriksaan melibatkan brek, pelincir sisi, tayar, lampu, bahagian bawah, bahagian atas kenderaan serta cermin.

Melalui pemeriksaan ini ia sekaligus dapat dijadikan rujukan untuk tindakan penyelenggaraan kelak.

Selain itu, mengikut laporan Bernama – Unit Pemeriksaan Bergerak juga turut akan tersedia untuk pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih – untuk perincian tersebut semua pihak boleh layari laman rasmi PUSPAKOM bagi ketahui senarai lanjut.