Artikel

Insentif Buat Peniaga Yang Laksana Menu Rahmah, Akan Dikaji Kelak 

Pentadbiran kini dalam pertimbangan untuk teliti pemberian insentif kepada peniaga yang terlibat dalam pelaksanaan Menu Rahmah kepada pengguna. Kajian menyeluruh itu dimaklumkan akan disemakan selepas sambutan Aidilfitri ini.

Aturan itu mengikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) disemak setelah tempoh sehingga 6 bulan pelaksanaan inisiatif tersebut kepada umum.

Ia sekaligus akan membawa kepada pengamatan kesan kelebihan dan penambahbaikan yang boleh dijalankan di bawah Menu Rahmah ini di masa hadapan. Selain itu, pentadbiran mengikut laporan Astro Awani turut bertindak akan mengenalpasti keperluan peniaga dan insiatif bantuan yang diinginkan, langkah itu bertujuan memelihara kebajikan para peniaga susulan sokongan mereka membantu pengguna melandaikan kos jualan semasa.

Setakat ini, untuk makluman seramai 1,706 pengusaha telah terlibat dalam pelaksanaan program Menu Rahmah untuk pasaran jualan makanan negara.