Artikel

MOT : Harga Tiket Disasar Berpatutan, Susulan 527 Penerbangan Tambahan Kini Diluluskan Sempena Aidilfitri

Memahami permintaan perjalanan menggunakan khidmat penerbangan menjelang Aidilfitri akan meningkat – Kementerian Pengangkutan (MOT) kini telah meluluskan sejumlah 527 penerbangan tambahan melibatkan 6 syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline buat kemudahan pengguna.

Melalui penambahan kekerapan penerbangan di bawah kelulusan MAVCOM ini, ia sekaligus berpotensi menggalakkan syarikat sedemikian menawarkan tiket penerbangan pada kadar yang lebih berpatutan.

Sebagai perincian, Malaysia Airlines tawar 184 penerbangan tambahan, diikuti Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10). Secara menyeluruh 118 penerbangan daripada jumlah tersebut melibatkan laluan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, ke Tawau (70), ke Sandakan (32), ke Kuching (102), ke Sibu (34), ke Miri (20) dan ke Bintulu (14).