Artikel

Mulai Hari Ini – KPM Buka Pengambilan Khas Guru, Isi Lebih 19,000 Kekosongan

Rentetan sektor pendidikan berdepan kekurangan tenaga pengajar, Kementerian Pendidikan (KPM) mulai hari ini – pengambilan khas guru telah dibuka di bawah Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Pembukaan permohonan ini difahamkan tidak hanya tertumpu kepada graduan pendidikan sahaja tetapi turut diperluas kepada graduan universiti awam tanpa iktisas pendidikan

Berdasarkan data sebelum ini, didapati terdapat 19,431 kekosongan guru (4.49%) dicatatkan susulan atas faktor persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti tanpa gaji, cuti belajar, peletakan jawatan mahupun kematian. Tidak hanya itu ketirisan guru dalam subjek tertentu juga berlaku antaranya sepertii guru Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.

Susulan kekosongan itu, KPM turut menyeru calon yang sebelum ini pernah memohon namun gagal untuk laksana permohonan baharu. Dimaklumkan tiada tarikh akhir pada pengambilan guru khas ini.

Oleh itu, pada kumpulan yang berminat boleh laksana permohonan dan ketahui maklumat lanjut di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).