Bagi langkah penyelenggaraan teknikal, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan perkhidmatan sistem MySikap akan tergendala bermula hari ini (7 April) pada jam 6 petang sehingga 9 April pada jam 6 pagi.
Gangguan ini buat pengetahuan pengguna akan menjejaskan perkhidmatan meliputi kaunter JPJ Cawangan dan Negeri, Portal Awam dan Portal Rakan Niaga, Integrasi Bersama Agensi dan Rakan Niaga, Vehicle Entry Permit – Pembayaran dompet digital, Aplikasi MyJPJ, JPJeBid – bidaan nombor pendaftaran kenderaan dan Kios JPJ.
Berikutan itu para pengguna diminta bersedia akan sebarang kesulitan yang akan berlaku dalam tempoh tersebut. Untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh layari portal rasmi JPJ pada perincian rujukan.