Artikel

Muslim Pro Sasar Derma 50% Hasil Langganan Aplikasi Pada Inisiatif Kemanusiaan – Sempena Ramadan Ini

Selaras dengan matlamat platform, untuk memberi manfaat kepada pengguna – Muslim Pro, penyedia aplikasi gaya hidup muslim di peringkat global kini memaklumkan akan menderma 50% hasil langgannya kepada bantuan kemanusiaan dan inisiatif di Palestin di bawah Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF).

Maka untuk merealisasikan sasaran tersebut, pengguna di Malaysia kini boleh turut serta melanggan aplikasi Muslim Pro dengan nikmati pengalaman bebas iklan termasuklah pada Qalbox iaitu perkhidmatan penstriman hiburan mesra Muslim yang menyediakan pelbagai kandungan gaya hidup.

Melalui penyertaan itu, para pengguna pada kempen Ramadan bersama Muslim Pro ini turut boleh nikmati harga langganan promosi aplikasi secara tahunan sekitar RM39.90. Di bawah penyertaan ini, turut dimaklumkan agihanĀ  derma tersebut akan disalurkan kepada pelbagai projek kemanusiaan lain – antaranya seperti Projek Amputee Gaza, Program Rawatan Luar Negara dan Program Jantung Pediatrik.

Oleh itu sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman Muslim Pro atau terus memuat turun aplikasinya di Google Play Store dan Apple Store di peranti pintar untuk tindakan seterusnya.