Selari dengan kemeriahan menyambut Aidilfitri, didapati sekitar 50,000 tiket bas balik raya ke Kelantan dari seluruh negara telah berjaya dijual pada platform bas ekspres E-Mutiara.
Operasi perjalanan yang akan bermula pada 14 April ini sehingga malam Aidilfitri, dimaklumkan bas E-Mutiara akan beroperasi antara 70 hingga 80 perjalanan sehari ke seluruh negara untuk perkhidmatan pulang beraya. Berdasarkan laporan jumlah itu, diperincikan setiap hari penyedia berjaya menjual sekitar 5,000 tiket kepada pengguna.
Mengikut tinjauan Rnggt pula, harga tiket bas sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sahaja telah mencecah sekitar RM55 hingga RM60. Ini sekaligus memperlihat sedikit kenaikan harga berlaku pada musim perayaan ini, ia lebih mahal berbanding harga kebiasaan.
Dan buat pengetahuan umum, untuk operasi 80 trip sehari ini dimaklumkan 20 bas ekspres akan tersedia memenuhi tuntutan tersebut bagi perjalanan pulang beraya ke destinasi seluruh negara.