Artikel

Sekitar 15,000 Banduan Disasar Raih Peluang Pekerjaan Tahun Ini – KSM

Untuk mengurangkan kebergantungan ke atas tenaga kerja asing, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melihat adalah wajar membuka peluang tersebut kepada bekas banduan negara. Pada tahun ini sahaja, negara menjangkakan seramai 15,000 banduan bakal mendapat penempatan pekerjaan di pasaran.

Angka itu merangkumi bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney.

Tidak terhenti disitu, KSM turut melihat ketika ini seramai 77,000 banduan sedang dipenjarakan berpotensi menjadi tenaga kerja untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara. Ia menjadi satu kerugian sekiranya negara tidak membuka peluang kedua kepada kumpulan ini untuk membantu Malaysia menyeimbangkan pasaran ekonomi bersama tenaga tempatan.

Buat pengetahuan umum, sejak 2021 sehingga Mac lalu sekitar 588 banduan telah meraih peluang pekerjaan melalui inisiatif Program Penempatan Penghuni Bebas Lesen dan Program [email protected].

Maka adalah wajar untuk para majikan turut menyokong matlamat negara meluaskan lagi peluang pekerjaan kepada kumpulan bekas banduan.