Artikel

Ninja Van Syor Tarikh Akhir Pengeposan Barang – Sebelum Sambutan Aidilfitri 2023 

Sama ada anda pengguna atau peniaga, Ninja Van kini menasihati semua pihak untuk merancang aktiviti penghantaran serta pengeposan barangan sebaik mungkin – ia bertujuan memastikan barangan tersebut sampai sebelum tibanya sambutan Aidilfitri 2023 kelak.

Ekoran itu, terdapat dua tarikh akhir yang disyorkan Ninja Van buat perhatian para pengguna untuk memastikan barang sampai sebelum Aidilfitri 2023 iaitu ;

  • 15 April 2023 bagi destinasi Sabah dan Sarawak
  • 17 April 2023 bagi destinasi Semenanjung

Ia bermakna jika penghantaran barang dilaksanakan selepas tarikh tersebut dan didapati tidak sempat untuk sampai sebelum Hari Raya maka aktiviti pengeposan hanya akan dilaksanakan semula selepas Aidilfitri 2023 kelak iaitu pada 25 April 2023.

Situasi ini kerana Ninja Van akan menghentikan seketika operasi pengeposan mereka pada 22 April sehingga 24 April 2023 ini. Oleh itu, para pelanggan serta peniaga diminta merancang aktiviti pengeposan anda dengan lancar ataupun boleh menggunakan khidmat ambil-sendiri di pusat pengeposan Ninja Van.

Untuk ketahui lanjut, berkenaan pusat stesen pengambilan barangan pos orang awam boleh layari pautan ini Semak Cara Menghantar-Mengambil Barangan Pos Ninja Van.