Memahami permintaan perjalanan penerbangan akan meningkat menjelang Aidilfitri ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memaklumkan kekerapan perjalanan tersebut akan ditambah – termasuklah laluan ke Sabah dan Sarawak untuk kemudahan pengguna.
Ketika ini terdapat banyak penerbangan telah diluluskan, antaranya meliputi Malaysia Airlines yang dijangka akan menggunakan pesawat lebih besar untuk menampung permintaan pengguna. Melalui usaha penambahan kapasiti penerbangan ini, secara langsung ia akan meningkatkan penawaran tempat duduk dan berpotensi menurunkan harga purata tiket penerbangan kepada pengguna.
MOT pada penjelasan ketika sidang di Depoh ERL Salak Tinggi itu turut memberi petunjuk bahawa akan laksana harga tetap untuk penerbangan kepada pengguna. Bagaimanapun langkah itu hanya akan diketahui dalam tempoh terdekat kelak.