Berbanding tahun lalu, jumlah orang terkaya didunia kini dilihat telah menurun daripada 2,668 individu (2022) kepada 2,640 individu – setakat Mac 2023 lalu. Penurunan itu sekaligus membawa kepada penyusutan $500 bilion jumlah kekayaan bilionwan dunia kepada $12.2 trilion.
Selain pengurangan jumlah individu terkaya, kesan kejatuhan pasaran saham, diikuti penggulungan syarikat unicorn serta ketidakseimbangan kadar faedah turut membawa kepada penyusutan jumlah kekayaan tersebut.
Mengikut tinjauan Forbes itu, kesan ketara itu dapat dilihat apabila Elon Musk telah jatuh ke kedudukan kedua selaku orang kaya dunia setelah berdepan jumlah kos perolehan Twitter yang tinggi, diikuti kesan penyusutan pada saham Tesla. Bagi senarai kali ini, peneraju barangan mewah LVMH Moët Hennessy – Louis Vuitton iaitu Bernard Arnault.
Sementara mengikut senarai orang kaya Malaysia pula, didapati seramai 18 individu kekal mengungguli carta di peringkat global itu dengan jumlah kekayaan sekitar $54.7 bilion setakat Mac 2023. Di mana Robert Kuok kekal menjadi individu terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan $11.8 bilion bersama kedudukan ke-146 terkaya di peringkat dunia.