Bagi meraikan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, diumumkan penjawat awam Pulau Pinang akan menerima bonus sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum sekitar RM1,500.
Pemberian bantuan tunai khas berjumlah RM10.95 juta ini menurut kerajaan negeri akan dilaksanakan pada 17 April kelak, dan agihan itu turut disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta petugas badan berkanun negeri.
Tidak hanya itu agihan RM300 juga akan dilaksanakan untuk penyelia dan guru melibatkan ;
- Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA)
- Sekolah rendah agama rakyat (SRAR)
- Sekolah menengah agama rakyat (SMAR)
- Kakitangan SRAR, SMAR serta
- Sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)
- Tahfiz, pondok dan tadika Islam (Tadis)
- Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang
Melalui agihan tunai tersebut, ia sekaligus membantu para penjawat di Pulau Pinang mengurangkan bebanan tunai, diikuti sebagai tanda penghargaan kerajaan akan perkhidmatan mereka merealisasikan matlamat negeri ke arah kelestarian dan pintar menjelang 2030.