L’Oreal, salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena kosmetik, kini mengukuhkan lagi portfolio dan pegangan pasaran dengan mengambil-alih jenama kosmetik Aesop.
Pengambil-alihan ini dinilaikan sekitar RM11.04 bilion. Syarikat induk Aesop sebelum ini, Natura & Co dilihat menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan, dan penjualan ini dijangka membantu kembali kedudukan dan kewangan mereka. Selain Aesop, Natura turut memiliki jenama lain, termasuk The Body Shop dan juga Avon.
Untuk L’Oreal sendiri, mereka terus mengukuhkan kedudukan dalam arena kosmetik, dan pengambil-alihan Aesop ini adalah pengambil-alihan terbesar oleh mereka. Sebelum ini, L’Oreal telah mengambil-alih YSL Beaute pada 2008 yang lepas, pada nilai sekitar RM7.47 bilion.