Artikel

Pengguna Touch ‘n Go eWallet – Kini Boleh Nikmati Pelbagai Promosi Raya, Bernilai Lebih RM2 Juta

Selaku antara peneraju dompet digital di pasaran Malaysia, Touch ‘n Go eWallet kini turut tidak melepaskan peluang menyediakan pelbagai tawaran eksklusif bersempena sambutan Ramadan ketika ini dan Aidilfitri kelak dengan nilai lebih RM2 juta kepada pengguna negara.

Apa yang menarik penawaran tersebut tidak hanya membabitkan pulangan tunai pada dompet digital, namun turut menyertakan pelbagai promosi melibatkan tempahan tiket raya, diskaun pembelian secara atas talian, perolehan baucar makanan percuma serta berpeluang meraih percubaan penstriman muzik bersama rakan perniagaan di bawah TNG eWallet.

Untuk makluman, ini antara senarai ganjaran eksklusif yang terlibat sempena Ramadan, Aidilfitri ini;

  • Firefly – pulangan tunai sehingga RM30 (20 Mac – 30 April)
  • Easybook, KTMB, Redbus – Tempah tiket perjalanan anda dan nikmati pulangan tunai sehingga RM8 (20 Mac – 30 April)
  • Tag RFID Touch ‘n Go – Pulangan tunai RM5 (30 Mac – 16 Mei)
  • Mydin – Pulangan tunai rawak sehingga RM5 (13 Mac – 7 Mei)
  • 7 Eleven – Pulangan tunai rawak sehingga RM500 (17 April – 21 Mei)
  • foodpanda – diskaun RM5 dengan kod promosi TNG5 (23 Mac – 21 Apr)
  • Kyochon 1991 – Dapatkan baucar pulangan tunai RM10 untuk pembelian seterusnya (15 Mac – 30 April)
  • Burger King – RM1 untuk 5 keping Nugget (1 – 30 April)
  • Tealive – RM2 pulangan tunai (1 – 30 April)
  • MyTukar – Pulangan tunai RM250 (1 April – 31 Mei)
  • Legoland – diskaun 25% tiket sehari (1 Mac – 31 Mei)
  • Apple Music – percubaan percuma selama 2 bulan (1 Januari – 31 Disember)

Buat pengetahuan umum, pelbagai lagi tawaran menarik boleh didapati bersama TNG eWallet – maka untuk tujuan itu semua pengguna boleh layari pautan Ramadan & Raya TNG eWallet bagi perincian senarai lanjut.