Artikel

30 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri, Bakal Diumum 13 April Ini – KPDN

Bagi memastikan bebanan para pengguna terus dipelihara menjelang Aidilfitri ini, kelak 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) akan diumumkan pada 13 April ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) langkah tersebut akan menyenaraikan barangan utama termasuklah bahan melibatkan penghasilan kuih raya. Senarai harga maksimum itu dimaklumkan akan bermula pada 13 April sehingga 26 Aprill kelak – iaitu selama 2 minggu.

Selain tindakan tersebut, bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan – pihaknya turut menjamin bekalan telur dan penetapan harga siling ayam masih kekal serta terus tersedia untuk para pengguna sehingga sambutan Hari Raya kelak.